Nuffnang Adds

Monday 23 July 2012

This is what we call WORLD PEACE???


Umat Islam Rohingya menghadapi penindasan dan penghapusan etnik yang sangat serius di Arakan (sekarang Rakhine) Myanmar sejak 1948. Sejak dari kemerdekaan Burma , nasib umat Islam Rohingya terus menghadapi penindasan dari regim tentera yang berkuasa . Kempen membenci dan membenci etnik Rohingya Muslim sebagai kaum pribumi di Arakan telah disebarkan oleh pihak berkuasa Burma terutama dikalangan rakyat etnik Rakhine yang merupakan etnik majoriti di Myanmar beragama Buddha.

Tidak kurang dari 19 operasi ketenteraan , polis dan imegresen telah dilancarkan ke atas wilayah Arakan sejak 1982 . Yang paling lama dan paling kejam ialah operasi NASAKA sehingga sekarang. Natijahnya, kekejaman dilakukan secara berterusan termasuk , perbuatan menangkap tanpa bicara, mangsa di penjara, diseksa , dipaksa keluar agama Islam , dibunuh , gadis diperkosa , harta dirampas , masjid dimusnahkan dan sebagainya.






Akibatnya etnik Rohingya telah hidup dalam keadaan tertindas dan sengsara yang terlalu parah . Mereka telah dinafikan hak yang paling asasi seperti hak untuk mendirikan rumahtangga kecuali dengan izin tentera , hak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat , hak membangunkan rumah ibadat dan memperbaikki masjid yang rosak, hak untuk berniaga dan hak memilikki harta. Semua ini dinafikan Sejak 1982 . kerakyatan umat Rohingya dihapuskan bila Burma ditukar nama kepada Myanmar pada tahun 1987. Mereka dituduh bukan sahaja sebagai pendatang malah juga sebagai penceroboh Arakan oleh regim tentera Junta. Padahal etnik Rohingya adalah penduduk asal sejak abad ke 7 dalam wilayah kerajaan Islam Arakan yang berdaulat.

Kini 1.6 juta etnik Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh , Thailand , Malaysia , Pakistan dan beberapa Negara lain. Keadaaan pelarian Rohingya di Bangladesh sangat parah di kem seperti di Kutupalong , Cox Bazar dan Teknaf. Mereka hidup dalam bangsal dan dibawah pohon untuk berlindung.Bantuan makanan , ubatan dan khemah dari UN sangat terbatas dan pihak berkuasa Bangladesh juga menafikan hak mereka sebagai pelarian mengikut undang-undang antarabangsa. Mereka tidak dibenar menghantar anak mereka ke sekolah , tidak boleh bekerja atau berniaga , tidak boleh mendirikan sebarang rumah , tidak boleh bergerak bebas ,tidak boleh memilkki telefon bimbit , tidak boleh menyimpan sebarang pisau.

Insiden terkini yang tercetus pada 3hb Jun 2012 merebak menjadi operasi pembersihan etnik Rohingya oleh etnik Rakhine yang sangat kejam. Pembunuhan 10 orang ahli jamaah tabligh di Taungup oleh perusuh ekstremis Rakhine kini telah berkembang kepada pembakaran perkampungan , pemusnahan masjid dan madrasah umat Islam Rohingya . Sehingga 15hb Jun 2012 , lebih 1500 orang Rohingya telah terbunuh , lebih 30 perkanmpungan yang dibakar sekaligus pembunuhan penduduknya . Testimoni dari ahli keluarga Kaum Rohingya yang menjadi pelarian di Malaysia melapokan pihak keselamatan iaitu polis , askar dan polis rusuhan (Hluntin) turut bersekongkol untuk membunuh dan melakukan keganasan ke atas etnik Rohingya.

Pihak berkuasa sehingga kini tidak menghalang dengan bersungguh operasi pembunhan Rohingya malah turut membiarkan keganasan terus merebak. Umat Islam Rohingya menanggung penderitaan yang sangat berat sehingga ribuan cuba mencari perlindungan melarikan diri ke sempadan Bangaldesh.

Namun pelarian Rohingya berhadapan dengan pihak keselamatan Bangladesh yang menghalang mereka untuk mendapat perlindungan. Ramai yang cedera akibat ditembak tidak mendapat rawatan dan mati dalam bot ketika cuba melarikan diri ke Bangladesh.



Isu di Rohingya nampaknya gagal menarik perhatian dunia,kenapa dan mengapa.Rohingya sebuah negara yang rata-ratanya penduduknya adalah miskin dan tiada aset yang berharga seperti minyak atau emas.Isu pertumpahan darah bermula pada bulan jun 2012 yang mengakibatkan lebih kurang 1,000 hingga ke 2,000 orang (mungkin lebih) adalah satu angka yang besar dalam masa yang terdekat,walau bagaimanapun pihak pemerintah berjaya menyembunyikan fakta supaya gagal di hidu oleh negara luar khususnya negara Asean yang berdekatan.

Kalau konflik di negara barat ada saja yang menghulurkan bantuan tapi kerana bersebab,  bersimpati kononnya, barat itu sebuah negara penyelamat dan berhati mulia,namun begitu sebagaimana yang kita sedia maklum disana terdapat banyak sumber kekayaan seperti minyak,dan pada masa yang sama barat juga mengdakyahkan minda penduduk islam dengan acuan barat,baik dari segi sosial dan ekonomi sebagaimana yang pernah berlaku di negara kita.Inilah penjajahan dalam bentuk baru.



Namun berbeza pula di Rohingya rata-rata penduduknya adalah beragama islam dan yang menjadi musuh kepada orang islam ialah ethnik Rakhine.Bagaimana  pasukan keselamatan juga berpihak kepada ethnik Rakhine,tapi amat malang bagi kita umat islam di seluruh dunia  pada masa ini kerana kita tidak bersatu hati menyebabkan senangnya saudara seagama dengan kita ditindas kerana kita tidak merasa apa-apa pun disebalik kejadian ini.Umat islam hari ini seperti buih-buih dilaut,islam pada nama namun akidah banyak yang rosak,kurang berkeyakinan terhadap perjuangan untuk menegakan daulah islamiah,banyak cerdik pandai yang hanya tahu bercakap tapi habuk pun tadak.Islam ini di ibaratkan seperti sebuah kesatuan,tanpa mengira suku bangsa dan warna kulit,islam ini seperti anggota badan,bak kata pepatah "cubit peha kanan peha kiri terasa juga" kalau kita dah tak terasa apa-apa itu bermakna islam kita sudah terkena stroke atau angin ahmar,penyakit yang amat di takuti ramai.Apakah pendirian kita sebagai sebuah negara Asean terhadap insiden ini.

Studio Perfileman

Industri perfileman telah lama bertapak sejak di Malaysia bermula era 60an hingga sekarang. Pelbagai genre filem dihasilkan demi memenuhi selera peminat filem tempatan. Walaupun masih ada peminat2 setia filem tempatan,kite dapat melihat ianya hanya tertumpu pada sesetengah golongan sahaja. Dan pengusaha atau producer atau pengarah filem,adakalanya gagal menyampai intipati filem dengan berkesan. Kite tak pasti sama ada penulis skrip yang gagal,atau sebaliknya. Mereka ini bukanlah tidak berbakat. Hebat2 belaka tapi kite yakin yang mereka ini kurang pendedahan. Kite ni bukan la pandai sangat tentang perfileman ini. Cuma memberi pendapat sebagai penonton. Mana la tahu kalau2 ia boleh digunapakai...Hehehehe.

Kite pasti yang ramai di luar sana penggemar filem2 dari Hollywood,Bollywood,filem2 dari Hong Kong dan juga dari Korea. Filem2 mereka ini berjaya mewujudkan satu trend yang menjadi ikutan. Ini termasuklah jalan cerita,fesyen,kesan khas dan lakonan yang berkesan. Kepakaran dari segi kesan khas juga menakjubkan. Ini boleh di ambil kira dan diadaptasikan ke dalam industri perfileman kita. Tak perlu lagi dapatkan perkhidmatan pakar dari luar negara kecuali bila ia betul2 diperlukan. Kita boleh cungkil bakat tempatan dalam bidang rekaan kostum dan prop, dan juga make-up artis yang menggunakan teknik yang lebih menonjol,berbeza dan terkini supaya ia lebih nampak real. Jika ada kekurangan,kita masih boleh hantar mereka untuk training dan ikuti pengajian diluar negara bagi mendalami kepakaran masing2 termasuk lah kepakaran dari segi kesan khas. Takde la nampak fake sangatkan bila ada melibatkan kesan 3D,bunyi dan sebagainya. Ia mungkin nampak remeh tapi sebenarnya mereka ini la yang menjadikan satu2 filem itu nampak real,menyentuh perasaan dan berbaloi untuk ditonton di pawagam,selain jalan cerita dan juga lakonan yang berkesan.








Satu lagi yang kite lihat ialah para pelakon yang hanya bersandarkan rupa yang cantik atau kacak sedangkan lakonan tidak seberapa. Tidak semua yang cantik atau kacak berbakat. Boleh katakan pelakon2 sekarang hanya menuntut glamour berbanding menjadikan dunia lakonan ini sebagai periuk nasi atau career. Lakonan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Alangkah bagusnya andai para pelakon ini menghadiri kelas lakonan tambahan bagi menambah ilmu di dada. Tidak mustahil juga bagi mereka ini untuk menghadiri kelas bahasa asing seperti Bahasa Inggeris,Perancis,Mandarin and etc,tarian,nyanyian,seni pertahanan diri dan sebagainya bagi melebarkan sayap mereka ke tahap antarabangsa sekaligus  menjadikan mereka serba boleh. Jangan la tertumpu pada industri tempatan sahaja. Sekurang2nya kita boleh berbangga dengan selebriti tempatan yang berjaya berlakon di luar negara, selain Dato Michalle Yeoh. Pada penulis skrip,diharap mereka ini dapat lah membuat kajian terperinci terlebih dahulu daripada menghidangkan cerita yang hanya berkisar pada perkara yang sama. Penonton kadang kala jemu bila dihidangkan dengan cerita2 "biasa". Study dan buat cerita yang benar2 buat penonton teruja dan ternanti2. Yang penting,ia sentiasa diingati. BUkan setakat nak meraih rating dan imbuhan sahaja. Casting perlu dilakukan bagi mendapatkan pelakon yang benar2 bersesuaian. Jangan hanya pointing finger berdasarkan rupa dan reputasi lepas. Tak semua pelakon baik, mampu membawa pelbagai watak dengan berkesan tanpa memberi impak yang dibuat2 atau mengada2 kerana penonton akan membayangkan dan menilai pelakon yang membawa watak tersebut dengan watak2 yang pernah dibawa oleh pelakon tersebut. Pelakon yang hebat,sudah pasti akan membuatkan penonton berasa dia adalah orang yang berlainan.

Mungkin ada di antara mereka ini betul2 berbakat dan berkebolehan. Tapi peluang tidak ada berdasarkan sikap pilih kasih,mentaliti kaki bodek dan bermusim. Kesian juga mengenangkan nasib mereka. Kite teringat pada satu ketika,kite pernah melalui satu kawasan perkilangan di Petaling Jaya dimana terdapat beberapa kilang yang telah ditutup. Bangunan yang besar dibiarkan rosak begitu sahaja. Terlintas di fikiran kite,kenapa bangunan ini dibiar rosak begitu sahaja sedangkan ia boleh dibaiki,dinaiktaraf dan dimajukan sebagai studio bagi filem2 pelbagai skala. Pelbagai aksi boleh dirakamkan di situ tanpa mengganggu kawasan yang terpelihara dan lalulintas. Segala kepakaran boleh dipraktikkan di sini termasuk lah seni pembinaan model2 bangunan untuk set pengambaran,kesan khas dan sebagainya. Ini dapat membantu pengarah2 filem dan juga producer filem untuk menjimatkan kos. Ini juga baik untuk pengarah2 muda yang baru bertapak atau pelajar2 industri hiburan menimba ilmu tanpa perlu bergantung pada stesen2 televisyen. Mungkin studio ini diuruskan oleh satu badan profesional bagi menjaga keselamatan peralatan dan pengurusan studio berkenaan. Perkhidmatan sewa boleh dikenakan namun,biarlah ia bersesuaian.

Industri hiburan tanahair memang kecil. Semakin hari semakin semakin ramai bakat2 baru muncul sehinggakan ia menjadi tepu dan artis2 terdahulu tenggelam tanpa berita. Maka terhasil lah artis2 yang join MLM dan juga politik bagi menampung kehidupan. Itu belum lagi bab dengki mendengki,sihir menyihir,umpat mengumpat dan sebagainya. Bila sentiasa duduk dalam kelompok yang sama je,mula la nak jemu dan rasa meluat. Tak leh lebih sikit. Pastu mula la timbul cerita yang tidak elok.Hidup ini umpama roda. Kejap di atas dan kejap di bawah. Kite sekarang,dah rasa tak seronok nak pergi wayang untuk tonton filem Melayu kerana bimbang ia tidak berbaloi pada wang ringgit. Lebih baik tunggu ia masuk Astro First je.

Akhir kata,andai ada yang terasa dengan artikel ini,kite mohon maaf kerana kite hanya memberi pandangan secara individu. Have a nice day.

Thursday 19 July 2012

Menarik juga Extreme Couponing ni!!!


Rancangan "Extreme Couponing" di saluran Astro TLC adalah rancangan mengenai pembelian yang dibuat secara pukal dengan hanya menggunakan kupon bagi menjimatkan wang. Dalam masa yang sama,mereka boleh mendapatkan barang-barang keperluan dalam kuantiti yang besar.






Kejatuhan ekonomi telah meningkatkan penggunaan kupon dalam kehidupan sebenar. Ini adalah bagi menggalakkan orang ramai berjimat cermat,tanpa mengurangkan kuantiti penggunaan harian. Cuma kena gigih mengumpul kupon la kan. Hanya sediakan gunting dan beli semua newspaper dan majalah yang banyak sediakan kupon2 ini. Rancangan Extreme Couponing ini melibatkan proses menyimpan kupon, kerap mengikuti jualan murah oleh kedai runcit atau hypermarket , dan termasuklah perkhidmatan penyertaan kupon. Ada yang melihat aktiviti ini sebagai amalan yang positif, manakala yang lain mempersoalkan kesannya terhadap ketagihan untuk mendapatkan barangan secara percuma,kerugian oleh pengeluar dan sebagainya. Namun,di Malaysia masih tiada perkhidmatan pemotongan harga secara 100% ini. Yang ada pun,hanya potongan harga yang tak seberapa. Pelanggan masih perlu berbelanja walaupun di Kedai 1Malaysia. Risau agaknya bila orang Malaysia dengan excitednye berbaris panjang untuk redeem coupon bagi mendapatkan barangan percuma.. Hehehehee... 

Apa2 pun,di harap Extreme Couponing ini boleh dipraktikkan di Malaysia memandangkan taraf hidup semakin meningkat dan beban hutang kian bertambah. Dapat le jugak kurangkan beban golongan muda yang baru bekerja. Pastu,ia dapat kurangkan kadar jenayah di mana takde lagi kes ragut atau samun atau curi brg dan sorok dalam kain kt supermarket semata2 nak mengisi perut. 

Tapi,masih ada sisi negatifnya. Bagi yang suka ambil kesempatan,tak  mustahil mereka akan menjual kembali barangan percuma untuk mendapatkan keuntungan. Itu la perangai tak semenggah yang orang Malaysia suka buaaaatttt. Pastu pasti akan berlaku kecurian fail yang menyimpan semua kupon2 yang ada sebab nilainya lebih tinggi berbanding tv flat screen anda...Kemudian,retail stores terpaksa ubah polisi untuk redeem coupon untuk elakkan kerugian bila diserbu oleh pelanggan2 yang suka shopping sampai 7-8 troli sampai boleh buka kedai runcit kat rumah..Nak2 time nak raya ni..Ada je kes sorok barang...Errmmm.....

GERD dan GER. Info untuk bulan Ramadan.


PENYAKIT refluks gastroesofageal atau gastroesophageal reflux disease (GERD) merupakan satu keadaan yang lebih serius daripada refluks gastroesofageal atau ‘gastroesophageal reflux’ (GER) yang biasanya dialami orang ramai.

Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.



GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus. GER juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.

Apabila refluks asid berlaku, pesakit boleh merasa makanan atau cecair di bahagian belakang mulut. Apabila asid perut bertindak secara refluks tersentuh dengan lapisan esofagus, kemungkinan ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak. Jika seseorang itu jarang mengalami GER, keadaan seperti itu adalah biasa dan ia tidak bermaksud orang itu mempunyai GERD.

Refluks yang berlaku secara kerap iaitu lebih daripada dua kali seminggu, adalah GERD dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius. Sesiapa sahaja boleh mengalami GERD tanpa mengira faktor umur.

Apakah simptom-simptom GERD?

Simptom utama GERD di kalangan orang dewasa adalah rasa pedih ulu hati yang kerap berlaku, juga dikenali sebagai senak iaitu satu kesakitan seakan terbakar di bahagian bawah tengah dada, bahagian belakang tulang dada dan di bahagian tengah abdomen. Kebanyakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan juga sesetengah orang dewasa yang menghidap GERD mengalami rasa pedih ulu hati. Golongan dewasa juga akan mengalami simptom-simptom seperti batuk yang kering, asma (lelah) atau kesukaran menelan.

Apakah punca GERD?

Punca kenapa sesetengah orang menghidapi GERD masih belum diketahui dengan jelas. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan di kalangan pesakit ini, LES akan berada dalam keadaan relaks (rehat) manakala bahagian lain esofagus terus berfungsi.

Keabnormalan anatomi seperti hernia hiatal juga menyumbang kepada GERD. Hernia hiatal terjadi apabila bahagian atas perut dan LES bergerak ke atas diafragma iaitu dinding otot yang memisahkan perut dan dada. Lazimnya, diafragma membantu LES menghalang asid daripada naik ke dalam esofagus. Apabila terdapat hernia hiatal, refluks asid akan berlaku dengan lebih mudah.

Hernia hiatal boleh terjadi ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kebiasaannya dialami oleh mereka yang sihat dan berumur lebih daripada 50 tahun. Selalunya, hernia hiatal tidak menunjukkan sebarang simptom.

GERD di kalangan kanak-kanak

Adalah penting bagi kita untuk membezakan antara refluks fisiologi yang normal (GER) dan GERD di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap GER adalah sihat dan ceria walaupun mereka kerap meludah atau muntah sementara bayi dengan GER selalunya akan berhenti daripada mengalami simptomnya apabila mereka berumur satu tahun.

Refluks yang berterusan selepas kanak-kanak berusia satu tahun mungkin merupakan GERD. Kajian menunjukkan GERD adalah biasa dan mungkin tidak diambil berat jika ianya berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebagai contoh, GERD boleh timbul sebagai regurgitasi yang berulang, rasa mual, pedih ulu hati, batuk, laryngitis atau masalah respiratori seperti ‘wheezing’, asma atau pneumonia (radang paru-paru).

Kanak-kanak dan bayi akan menunjukkan rasa tidak selesa atau melengkungkan bahagian belakang tubuh mereka secara kerap semasa atau sejurus selepas makan atau menyusu. Bayi yang mempunyai GERD mungkin tidak mahu makan dan mengalami proses pertumbuhan yang lemah. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kanak-kanak (paediatrician) anda jika simptom-simptom yang berkaitan refluks berlaku secara kerap dan mendatangkan rasa tidak selesa buat anak anda.

Doktor anak anda juga boleh mencadangkan beberapa strategi yang mudah untuk mengelakkan refluks seperti memastikan bayi itu sendawa beberapa kali sewaktu menyusu atau menegakkan bayi itu selama 30 minit selepas menyusu. Jika anak anda lebih tua, doktor boleh mencadangkan anak anda makan makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan mengelakkan makanan seperti:

* Soda yang berkafein
* Coklat
* Peppermint
* Makanan pedas
* Makanan berasid seperti oren,
tomata dan pizza
* Makanan berlemak dan bergoreng

Anak anda juga boleh mengelakkan daripada mengambil makanan dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur.

Perunding kesihatan anda juga mungkin akan mencadangkan agar anda menaikkan bahagian kepala katil anak anda dengan blok kayu yang diletakkan di bawah kaki katil. Bantal sahaja tidak mencukupi. Jika tindakan ini tidak mendatangkan sebarang perubahan, mungkin perunding kesihatan akan menasihatkan anak anda mengambil ubat.

Bagaimana GERD dirawat?

Berundinglah dengan pakar kesihatan anda jika anda telahpun mempunyai simptom- simptom GERD atau telah mula mengambil antasid atau ubat refluks yang diperoleh dari kaunter selama lebih daripada dua minggu.

Pakar kesihatan anda mungkin akan merujuk kes anda kepada pakar gastroentologi atau pakar bedah gastroenterologi iaitu seorang doktor yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus. Bergantung kepada tahap keseriusan GERD anda, rawatan yang dicadangkan mungkin akan melibatkan sama ada anda melakukan perubahan dalam cara kehidupan anda, mengambil ubat ataupun menjalani pembedahan. Secara umumnya, di Malaysia pesakit-pesakit GERD amat jarang memerlukan pembedahan. Rawatan melalui perubahan dalam cara hidup termasuklah:

l Berhenti merokok jika anda merokok.
l Elakkan makanan dan minuman yang memburukkan lagi simptom-simptom.
l Kurangkan berat badan (jika perlu).
l Makan dalam jumlah yang kecil dan secara kerap.
l Pakai pakaian yang longgar.
l Elakkan daripada berbaring untuk tiga jam selepas makan.
l Naikkan kepala katil anda sebanyak enam hingga lapan inci dengan meletakkan blok kayu di bawah kaki katil. Penggunaan bantal sahaja tidak akan membantu.

Monday 16 July 2012

Masjid Kedua Tertua di Melaka dan sangat unik.


Tengkera,adalah kawasan tempat tinggal kawan kite. Sebelum ni,kite tak tahu menahu pun yang di setiap daerah dan tempat di Melaka ada sejarahnya tersendiri. Masjid Tengkera adalah salah satu bangunan bersejarah,yang pada mulanya kite ingat ia adalah tokong Cina. Inilah akibatnye bila tak pandai subjek Sejarah. Well,mari kite lihat apa istimewanya masjid ini berbanding masjid yang moden.
Masjid kedua tertua di Melaka adalah Masjid Tengkera yang terletak di sebelah kanan Jalan Tengkera yang namanya diambil bersempena dengan nama mukim Tenquerah oleh pemerintahan Portugis di Melaka.Bangunan asalnya dipercayai dibina sekitar tahun 1750-an dan telah dibaiki pada tahun 1850-an. Masjid ini bercirikan seni bina tradisional Melaka dan campuran seni bina Sumatera dan China.




Masjid ini mempunyai sedikit kelainan kerana mempunyai tiga lapisan bumbung iaitu bumbung beranda, bumbung ruang sembahyang dan bumbung kubah. Di bahagian hadapan masjid ini dipagari dengan tembok batu yang dihias kekisi porselin manakala pintu gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan bumbungnya berbentuk seperti pagoda. Terdapat juga sebuah menara batu yang mempunyai bumbung tanah liat berkeliling pada bahagian bawahnya. Satu lagi masjid tertua di negeri ini adalah Masjid Peringgit.
Pada asalnya ia dibina di Bukit Peringgit pada tahun 1726, tetapi ia telah musnah akibat perlaku peperangan. Kemudiannya ia telah dibina semula pada 1868 di tempat yang sama. Masjid ini unik kerana berbentuk empat segi ,manakala bahan binaannya terdiri daripada batu laterit dan batu-bata terra cotta yang wujud pada zaman Belanda sebagai asas dan dinding. Pada 1978, kerajaan negeri telah membuat kerja-kerja penambahan pada bahagian belakang masjid dengan binaan konkrit yang melenyapkan tangga utama, perigi dan kolam.

Kasut Kaki Terikat or Bout Feet Shoes


Kite dapat tau yang kawan baik kite akan tukar kerja dan akan mula bekerja di Melaka mulai bulan depan. Syioookkkknye sebab kite suka gi Melaka. Suasananya lain dari negeri2 lain. Negeri Melaka kan kaya dengan sejarah dan penuh dengan muzium2 yang boleh kita lawati. Teringat kite dulu masa melawat satu muzium di mana kite tertarik dengan satu kasut yang dipanggil Bound Feet Shoes. Mmg unik sebab ia berasal dari negara China. Mari kita sama2 lihat asal usul kasut ini.

Kaki terikat kasut atau kaki terikat amalan pada asalnya diperkenalkan di China, didakwa oleh gundik maharaja tetapi mula hilang sekitar 1915 kerana ia telah diharamkan pada tahun 1911.
Ia adalah maksud sebenar untuk "kecantikan" kaki teratai. Adakah anda percaya bahawa dengan melihat wanita yang mempunyai kaki terikat kecil kasut mempunyai kesan erotik kepada lelaki?

Kite rasa ia mungkin benar kerana sepanjang China feudal sebagai wanita yang subur dan mereka bagaikan terpenjara" di dalam rumah mereka sendiri. Masa hanya akan "dibebaskan" hanya pada hari perkahwinan mereka.

Sebagai pengantin perempuan, mereka ditutup sepenuhnya dengan pakaian pengantin yang dihuraikan termasuk kepala dan muka; hanya sebahagian kaki akan  kelihatan! Sudah pasti pengantin perempuan akan berdiri di barisan hadapan! Oleh itu, kite rasa itulah satu-satunya "topik hangat" yang anda boleh berbangga atau bercakap mengenai kecantikan pengantin perempuan pada ketika itu.







Dengan berlalunya masa, trend kemudiannya menjadi popular dan ia telah merebak ke bahagian-bahagian lain di dunia yang dibawa oleh peniaga-peniaga Cina termasuklah negeri Melaka. Ia menjadi kebanggaan warisan dan kemuliaan serta terikat kuat hingga berakar umbi di kalangan keluarga yang kaya dan berkuasa di Melaka. Ia adalah kecantikan wanita yang hanya boleh dibanggakan dan hanya orang2 kaya sahaja boleh mempunyai kaki yang terikat.

Pada zaman dahulu, tiket untuk kaya dan kemasyhuran(yang berkahwin dengan keluarga yang berstatus tinggi) ialah dengan menjadikan kaki  kecil atau dipanggil "Cute Lotus Feet".  Pada hari perkahwinan,keluarga pengantin lelaki akan memeriksa kaki pengantin perempuan.Ibu mertua akan menyelak jubah pengantin perempuan. Jika kakinya lebih daripada 4 inci, dia akan menghempaskan kain yang diselak sebagai tanda untuk menunjukkan penghinaan atau tidak setuju. Kemudian, dia hanya akan meninggalkan majlis perkahwinan di hadapan tetamu majlis dan membiarkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu.

Perkara ini atau tradisi ini dilakukan  adalah  untuk mengekalkan status quo di kalangan keluarga yang kaya dan berkuasa di Melaka. Difahami bahawa isteri-isteri yang kaya adalah  tuan besar dan mereka tidak akan melakukan apa-apa tugas yang mengotorkan tangan mereka di dalam rumah. Oleh itu, perempuan yang mempunyai kaki yang besar iaitu kaki normal telah dikatakan sebagai pembawa malu kepada keluarga suami . Meraka hanya layak menjadi pembantu rumah.


Proses mengikat kaki ini bermula sejak kecil sekitar usia 3-4 tahun. Ibu bapa akan mengikat kaki anak kecil sedikit mereka dengan sehelai kain kira-kira 20 kaki (6 meter) panjang. Semua jari-jari kaki akan bengkok ke dalam, kecuali ibu jari. Kemudian,sebuah batu besar akan diletakkan di atas kaki atas kanak-kanak kecil untuk menghancurkan sendi atau tulang yang membentuk kaki normal. Kite tidak boleh bayangkan bagaimana budak sekecil itu boleh menahan sakit.

Proses ini akan berlangsung selama beberapa tahun. Walaupun selepas tulang telah patah, kaki tersebut akan dibalut siang dan malam dengan kain yang tebal. Ini adalah untuk mengelakkan kaki daripada kembali terbentuk menjadi normal semula. Balutan hanya akan dibuka apabila kaki dibasuh dengan "min fan" iaitu sejenis ubat Cina. Selepas itu mereka akan dibalut sekali lagi. Begitu la prosesnya sehingga ia sempurna terbentuk menjadi Cute Lotus Feet.


Friday 13 July 2012

Jogging-Pastikan keselamatan anda terjamin.

Walaupun bulan Ramadhan hampir menjelang,kite ni asyik risaukan berat badan yang kian bertambah. Ade aje alasan untuk malas bersenam. Makan,tak pulak malas kan. Kihkihkihkih....Sauna dah ada...tapi malas dok dalam sauna tu pulak. Alasan,tak tahan panas. Nak buat senaman ringan pun,gitu2 aje. Pemalas tahap siput kan...Petang tadi,masa ronda2 cari laksa,kite singgah kt satu tempat yang boleh dikatakan best la juga. Port laksa tu berhadapan sebuah padang permainan dan padang bola. Gerai laksa tu berada di kaki lima je pun. Angin sepoi2 bahasa gitu. Bila cuaca redup,ramai pula abang2 datang main bola serta family bawak anak datang main kt playground tu. So dari meja kite,nampak la semua2 view tu. Pastu ada juga orang dok jogging2 keliling padang. Tibe2 kite terfikir,kenapa kite tak jogging je sekeliling kawasan rumah kite tu? 

Tapi memandangkan pelbagai kes jenayah yang makin menjadi2 takkira di mana sahaja sekarang ni buat kite fikir banyak kali untuk jogging sebab di kawasan rumah kite takde kawasan taman atau padang untuk jogging seperti di situ (alasan malas jogging...Kihkihkih). Kalau jogging di kawasan yang lengang,sorang2 pulak tu,possibility nak kena samun,culik,rogol dan sebagainya adalah tinggi. Imaginasi yang menyeramkan mula bermain2 difikiran. Bagaimana nak pertahankan diri ketika disamun atau cubaan merogol. Kite hanya terfikir yang martial art is important. Tapi kalau tengah2 cuak gitu,sempat ke nak buka kuda2 kan...Kite rasa,masa jogging,kite :



1. Hanya bawa kunci rumah dan sedikit duit. Tak perlu bawa purse/wallet. Mobile phone pun kalau boleh jangan bawa. Sebab itu la yang akan dicari oleh penjenayah nanti. Bawa la sekeping duit RM10 atau RM5 je. If jogging jauh skit,bawa ID card skali. Pendek kata,bawak yang penting2 je. Tinggalkan barang berharga kat umah.

2. Bawa wisel. Kecik dan ringan. Masukkan dalam poket atau gantung kat leher. In case kalau apa2 jadi,kite tak larat nk jerit. Kalau jerit pun,kuat mana la sangat kan. So,bole la tiup wisel kuat2 supaya semua orang bagi perhatian. Ada pepper spray pun ok....

3. Jangan pakai earphone untuk dengar lagu semasa berjogging. Tak payah nak budget cool sangat masa jogging. Nanti tak dengar apa yang sedang hampiri anda dari belakang. Entah orang ke,anjing ke... Nak dengar lagu,balik umah nanti ehhh.... 

4. Jogging di tempat yang ramai orang turut berjogging sama. Pilih waktu yang sesuai. Jangan la jogging awal subuh gelap2 hari atau dah masuk waktu maghrib.

5. Pakai pakaian yang terang supaya orang sedari atau perasan kehadiran anda. Kalau apa2 jadi,dari jauh orang leh datang kasi bantuan.

6. Beritahu pada ahli keluarga atau rakan di mana anda akan berjogging. Sekurang2nya mereka tahu di mana anda berada. Jika perlu,bawa bersama2 ahli keluarga atau teman2 rapat anda.. Dapat la juga beriadah dan menjaga kesihatan bersama2.

Ape2 pun,bersenam adalah baik untuk kesihatan. Sayangi la diri anda.

Thursday 12 July 2012

Orang Tamak Selalu Ruuuuuuggiiiiii.....

Ini kisah masa kite skolah dulu. Masa tu baru Form 1. Kite ni tinggal di kawasan perumahan di mana orang2nye 1Malaysia. Hormat menghormati antara satu sama lain. Masa arwah mak kite ade,slalu bagi kuih-muih bila raya atau kasi buah2 mcm durian dan manggis bila musim buah pd jiran2 termasuk pada jiran2 kaum Cina dan India. Bila turn diorg,diorg kasi la pulak. Selalu yang kitorang dapat,buah jambu batu tanpa biji dari jiran berbangsa Cina yang ada kebun jambu. Walaupun rupanya tak cantik dan berkedut2,tapi rasanya best dan harganya mahal kalau beli. Kawasan perumahan kite ni kecik je. Mostly yang melayu pun,kerja cikgu cikgi. Termasuk la kawan kite yang sorang ni. Anak cikgu juga. Namanye Yusran tapi kami panggil Yeop je. Kami sekelas dan sebaya. Kira geng la. Dia ni suka memancing. Sama mcm bapa dia. Bapa kite tak suka memancing. Bapa kite suka menjala. So,kawasan tempat kite tinggal ni berdekatan dengan lombong. Tanah lombong yang luas ni,ditebus guna oleh jiran2 berbangsa cina ni untuk buat kebun sayur dan jambu batu. Dan di situ terdapat satu kolam air yang agak besar. Port orang suka memancing termasuk la kawan2 aku. Memandangkan bapa kite ni tak suka memancing,so takde la kekili. Kawan2 kite smua ada sorang satu. Ada yang pinjam bapa diorang punya dan ada yang sanggup beli  sendiri asalkan ada kekili. Kite ni just suka ikut je la since dah takde kekili. Ikut majoriti. The more is merrier.

Satu hari,kami di pakat2 la untuk memancing pada waktu petang. Si Yeop ni memang dah ready dengan umpan cacing dia. So dia la tukang supply umpan pd kawan2 yang lain. Kite pun tak tahu la mana dia dapat umpan cacing yang gemuk2 belaka. Bila sampai kt lombong itu,semua pulun pasang umpan dan ambik port yang best2. Kite ni yang tak tahu apa2,ikut bontot si Yeop ni la. Memandangkan ia nampak menarik,kite ckp kt Yeop ni yang kite pn nak kekili juga. Dia kata kekili dah takde. Tapi dia ni kreatif. Dia carikan kite tin susu kosong yang ada kt sekitar lombong tu. Once dia dapat,dia tebuk dan pasangkan tali tangsi,sekali dengan mata kail dan pelampung merah. Kemudian dia lilit2 tali tangsi tu pd tin. Dia kasi kt kite dan dia cakap yang kite dah leh start memancing. Kite ni lak,geli nak pegang cacing yang masih hidup. Tak gamak nak cucuk cacing tu pada mata kail. Last2 si Yeop ni la yang buatkan semua untuk kite. Begitu la prihatinnye seorang kawan. Takde la nak enjoy sorang2 kan... Dah siap semua,kite campakkan la mata kail tu. Memandangkan takde batu ladung,memang tak leh gi jauh la. Campak pun,still kat tebing2 je. Kawan2 lain juat gelakkan kite sebab umpan diorang semua jauh ke tengah lombong. Tunggu punya tunggu punya tunggu,ikan sekor pun tak lekat. Tak berselera kot tengok umpan cacing. Huhuhuhu



Disebabkan lama menunggu,kami ambil keputusan nak tinggalkan kekili dan pancing tin kite tu sebentar dan berjalan2 sekitar lombong pasir yang berbukit2.. Kite sendal pancing tin kite dengan batu besar supaya tak dilarikan ikan kalau umpan dipagut ikan. Lombong pasir tu memang dipenuhi kebun sayur dan jambu. Selama kami bermain2 di sekitar lombong tu,tak pernah pun nak terlintas nak masuk kebun2 jambu tu. Entah macam mana,hari tu kami gatal kaki nak masuk ke salah satu kebun jambu yang ada. Bila petang,tuan punya kebun memang tak ade. Mungkin balik berehat atau balik makan. Depan mata kami terlihat bungkusan suratkhabar membaluti buah jambu. Tiap pokok,begitu banyak bungkusan suratkhabar menandakan buah lebat. Kami jadi tak tentu arah. Memandangkan kite ni penakut,maklum le tak penah buat jahat atau mencuri,so kite berdiri dekat2 dengan laluan masuk tadi manakala kawan2 lain dh menghilang di celah2 pokok2 jambu di tengah kebun. Kite just hampiri pokok paling dekat dan selak bungkusan tersebut. Mak aiiii!!! Besar2 dan gemuk2 buah jambu itu. Kite jadi geram dan petik satu buah. Tamak mula merasuki diri. Kite mula petik satu,satu dan satu hingga tak muat tangan. Kedengaran kawan2 lain gelak2 seronok. Kite lak start gendong buah jambu gunakan baju sebab seronok dapat ambil jambu free. Lepas itu,dengar seorang rakan menjerit-jerit memanggil kami semua. Kami segera meluru ke arahnya. Dia menjerit keseronokan bila dia jumpa bahagian pokok2 jambu tanpa biji. Yang kami kutip tadi,semuanya jambu berbiji. Kite lihat semua kawan2 kite gendong buah dengan baju. Sama macam kite juga. 



Bila semua dapat tau yang kami berada di bahagian pokok jambu tanpa biji,kami mula lepaskan jambu berbiji ke tanah dan mula memetik buah jambu batu tanpa biji. Semua gendong menggunakan baju. Sorang2 jadi tamak termasuk kite yang mula2 tadi takut.. Sedang asyik leka memetik buah,kite terdengar suara menderam. Yang penting,ia bukan manusia. Kedengaran ia hanya berdekatan tempat kami memetik buah. Elok saje kite menoeh ke arah suara deraman itu,kelihatan anjing hitam besar setinggi pinggang kite sedang menderam marah ke arah kami lalu mula menyalak dan mengejar. Kami menjerit ketakutan dan bertempiaran lari. Buah jambu yang dikendong,semuanya berciciran dan bertaburan. Setelah berjaya menyelamatkan diri,kami berkumpul di tempat kami memancing tadi. Kite lihat,tiada seorang pun membawa buah jambu yang dirembat di kebun jambu tadi. Lepas itu kami ketawa berdekah2 dan mengutuk aksi rakan2 semasa aktiviti merembat dan melarikan diri. Padan muka semua orang....Tamak lagi. Kan dah rugi.

Kemudian,kami memeriksa umpan pancing masing2. Semua orang tidak mendapat hasil kecuali kite. Kite dapat ikan tilapia sebesar dua tapak tangan. Kite keseronokan ketawa memandangkan kawan2 lain tidak dapat apa2. Tapi ikan tu kite kasi pada Yeop sebab mak kite tak makan ikan dari lombong. Heheheeh...Sekian.

Wednesday 11 July 2012

Promosi Sungkai...Hehehehe

Korang tentu pernah dengar pasal Hot Spring yang terletak di Felda Sungai Kelah di Sungkai, Perak kan? Dan tentu korang pernah pegi kan kan kan??? Boleh katakan sign board Hot Spring ada di merata2 tempat. Bagus betul promosinya kan...Kolam air panas di sana dikatakan elok untuk sakit kulit,melancarkan peredaran darah dan sebagainya.

Memang ia tempat yang bagus dan sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Selain dari bersantai,berkelah dan bermandi manda di kawasan kolam air panas serta merebus telur,terdapat juga tempat untuk memanjakan diri dengan rawatan Ayurveda. Terdapat juga kolam air biasa untuk pilihan pengunjung selain bermandi manda di kolam air panas. Kawasannya juga dijaga rapi dan tahap kebersihannya boleh dibanggakan. Tempat penginapan juga disediakan andai anda ingin bermalam di sana. Dikelilingi hutan yang menenangkan,ia dapat membuatkan kita rasa aman dari hiruk pikuk bandar yang serabutkan minda. Bayaran masuk,berpatutan dan jauh lebih murah dari water theme park yang lain.

Actually kite tak pernah sangka ia akan dikomersilkan hingga sebegini hebat. Sampaikan tiap hujung minggu,penuh dengan pelancong dari Singapore. Nyonya2 and Apek datang berendam.Kalau korang nak tahu,sebelum  Hot Spring ini dibangunkan,terdapat juga kawasan perkelahan yang menarik berdekatan dengan Hot Spring ini iaitu Lata Bongsu dan juga Sg.Tesong. Dua kawasan ini terletak bertentangan dengan Hot Spring di mana Hot Spring ini di tengah2. Kiranya, kita akan jumpa Lata Bongsu dulu,kemudian Hot Spring dan kemudian Sg Tesong. Walau bagaimanapun,keindahan Lata Bongsu telah musnah akibat banjir besar yang telah berlaku beberapa tahun dahulu. Jambatan yang merentangi Lata Bongsu di mana air terjun adalah di bawah jambatan tersebut turut musnah. Banjir lumpur dan kayu2 balak turut dihanyutkan menyebabkan jambatan itu runtuh. Sayang sekali. Masih terbayang2 di fikiran betapa cantiknya kawasan itu.. Maklum le,itu kan tempat kite lepak2 masa budak2 dulu. Sekitar tahun 1994-1996 gitu la..So mmg ingat la kan. Hehehehehe. 

Kawasan Lata Bongsu sering dijadikan kawasan perkelahan penduduk setempat,aktiviti perkhemahan oleh sekolah-sekolah sekitar daerah Batang Padang termasuk aktiviti lasak oleh atlet-atlet Sukan Komanwel 1998. Teringat lagi kite dapat bersalaman dengan Watson Nyambek. Hehehe...habis hati masa tu. Kihkihkih.. Ada juga aktiviti water rafting dan flying fox pada yang berminat. Kiranya,sebelum wujudnya Hot Spring tu,kawasan itu sudah pun meriah dengan kunjungan pelancong. 

Masa zaman kegemilangan Lata Bongsu tu dulu,kawasan Hot Springs hanyalah mata air panas yang kecil di dalam kebun koko. Sekelilingnya dipenuhi pokok2 sawit dan laluan masuk hanya boleh dilalui dengan basikal atau motosikal sahaja. Laluan tanah merah. Masa kite darjah 6,kite slalu ikut kawan2 kite dari Felda Sungai Kelah tu. Masa tu kite bersekolah di situ selama setahun sebab bapa kite mengajar kat Sekolah Rendah Felda Sungai Kelah. Sebelum tu kite bersekolah di Sekolah REndah Sungkai. Tak sangka dalam setahun tu,macam2 pengalaman yang dilalui bersama mereka. Maklum la,budak2 Felda kan lasak. So memang happening la. Bapa kite larang pun,kite nak ikut juga. Kalau pegi pun,gi senyap2 sebab bapa kite garang. Kawan2 semua tau bapa kite seorang yang garang. Sebelum pergi pun,kawan2 akan tanya "Abah ko tau tak ni yang ko nak ikut kitorang?" Kite iye kan aje sbb kalau kata abah kite tak bagi,nanti kawan2 tak kasi ikut pulak. Kalau bgtau pun,confirm tak dapat ikut. Kalau dia dapat tau pun,confirm kena libas. Disebabkan itu la,kawan2 akan jaga kite betul2 sbb risau disalahkan pulak. Dijaga mcm anak bos gitu. Tapi kalau kantoi pun,bapa kite takkan salahkan diorg. Kite la yang kena sbb degil... Hehehehehe. Seronok beb....Kenangan yang tak leh dilupakan sedangkan masa tu dah nak UPSR dah. Ligat semacam. Seronok punya pasal. Tapi setahun di sana,memang best sgt. Siapa kata duduk Felda tak best. Siapa kata budak2 Felda jahat. Yang jahat tu ada,cuma xde la seperti yang disangka. Sama je macam tempat lain. 

So,berbalik pada Hot Spring,kolam kecil tempat merebus telur itu lah punca asal air panas tersebut. Batu di mana mata air panas itu keluar,masih sama seperti dahulu. Cuma kawasan sekelilingnya sahaja dibangunkan. Suhu kat situ memang yang paling tinggi. Wap di situ pun busuk sebab kandungan sulfur yang tinggi.Kawasan sekitarnya berlumut hijau dan redup je.Kat situ la kite dan kawan2 yang lain mencangkung sambil merebus telur untuk dibawa ke Lata Bongsu sebagai bekal. Naik basikal je beb. Sikit punya jauh ke..Tak hiraukan panas terik. Masing2 gigih. Di punca air panas tersebut, terdapat parit yang airnye jernih sangat yang lalu di situ. Parit kecil itu la yang alirkan air panas ke tempat lain dan sekarang,parit laluan air panas tersebut telah dibina kolam2 kecil untuk pengunjung yang lebih mahukan  privacy dan berbumbung. Selesa la konon...Hehehehe.

Selain Hot Springs,ada tempat bermandi manda yang FREE iaitu Sg.Tesong yang terletak di kawasan lebih atas daripada Hot Spring. Sg.Tesong adalah perkampungan orang asli. Untuk ke situ,kita kena lalui perkampungan mereka. Jadi,jangan bawak kereta laju2. Mana la tahu kan,kot2 terlanggar pulak anak orang asli yang rata2nya suka berlari ke sana sini dan suka muncul tiba2 di tepi jalan. Tapi mereka tersangat la cekap di dalam hutan. Berlari2 dan menyelusup dalam semak dengan pantas. Hebat tau mereka ni. Kite dulu ada kawan skolah orang asli bernama Diana. Pengawas lagi... Hehehehe. Ok,sambung cerita...

Sg Tesong ni adalah jeram kecil berbatu2 yang mana ia bertemu dengan sungai besar yang mengalirkan air ke Lata Bongsu yang terletak di bahagian hilir. Kira Sg. Tesong ni terletak lebih hulu dari Lata Bongsu. Tempatnya sejuk dan redup. Tapi kat sini tak leh la berenang2 acara bebas atau kuak lentang. Untuk berendam,ok la. Airnye lebih sejuk dan nyaman. Boleh berkelah atau buat BBQ...tapi kena lah jaga kebersihan. Masa kite Tingkatan Enam Rendah,kite penah camping kt sini bersama budak2 pengakap. Kite jadi tukang masak bersama 4 lagi rakan yang lain. Sebelum budak2 pengakap dan cikgu2 lain bangun,kami dah masuk dlm sungai untuk basuh periuk dan kuali bagi persediaan sarapan. Sejuk jangan cakap. Sampai ke tulang.

Jalan untuk masuk ke tempat ini lebih kecil namun bertar. Zaman kite skolah dulu,jalan bertar hanya la separuh aje. Selebihnya hanya lah jalan tanah merah. Masa camping tu,kite and the gang kena pikul segala bahan2 mentah untuk memasak dan merentas jalan bertanah. Sekarang dah cantik dah jalannye. Chalet juga dibina oleh pengusaha setempat..NAmun,setelah wujudnya Hot Springs,Sg.Tesong kurang dikunjungi.

Ehhh... selama ni  kite ingat Sungkai tu takde tempat menarik dikunjungi langsung. Rupanya ada la juga...dari takde. Ini termasuk la ladang Ostrich yang terletak di kawasan berhampiran Kg. Changkat Sulaiman. Tak salah kita,mat saleh yang supervise and monitor the ostrich farm. Tapi kite tak sure sama ada,ada lagi ke tidak. Dulu kite dan kawan2 selalu berbasikal ke situ. Saje  nak tengok burung unta. Bila burung2 unta tu dtg dekat ke pagar,kami sergah kuat2. Terperanjat diorg lari lintang pukang sampaikan terbelit2 leher antara satu sama lain. Pastu kite dan kawan2 gelak2 geli hati sebelum kena sergah pulak dek mat saleh tu sebab kacau haiwan peliharaan dia. Baru la kami tahu yang burung unta tak leh terkejut. Nanti diorg tak leh bertelur atau membesar dengan baik. Atau akan mati sebab sakit jantung. Boleh dikatakan burung unta ni spesis sensitif. Hehehehe.... Maaf. Kite tak tahu masa tu.

Selain itu,ada juga tempat yang dipanggil Wildlife Centre yang dikendalikan oleh PERHILITAN. Di situ terdapat taman burung mini untuk spesis2 terancam seperti burung kuang raya. Terdapat juga ladang rusa. Bila tiba musim berburu,rusa2 itu boleh diburu oleh individu yang mempunyai lesen dan permit atas kebenaran pihak PERHILITAN. Jumlah buruan juga terhad. Namun,anda boleh kunjungan ke sana untuk melihat haiwan2 ini. Teringat masa kite darjah 1,kite dan arwah mak kite nampak lori Perhilitan sangkut kat bukit sebab tak leh gerak naik bukit. Lori semput sebab bawak gajah. Terlebih muatan sudaaahhhh...

Antara tugas Perhilitan di sini ialahhhh:


1. Cari gajah / badak / harimau / beruang...dengar citer,gajah ni antara binatang yg tak leh dibuat main. Kalau jumpa anak gajah...jgn dok kacau / main main. .Baby gajah tu,kalau happy..dia akan buat satu bunyi dimana bile itu bunyi sampai kat telinga bonda dia....Nahas la. Kalau jumpa taik gajah,takpe...Heheheheh


2. Tangkap pemburu yang berburu secara haram ni.... Buat pengetahuan korang,ada upacara tembak menembak dalam hutan......TAk leh main2 yeee....Pemburu haram ni biasanya datang dari Thailand...Siap bawak itu parang/kapak bagai. Masa diorang nak buat rondaan dalam hutan ni....Diorang akan bawak a troop of soldier sebagai langkah keselamatan.



3. Cari spesis kepunyaan Malaysia..Dari serangga hinggalah saiz haiwan yang besar macam gajah,seladang,rusa ni.....Then buat rekod sebelum hantar ke Geneva. Ini penting untuk merekodkan bilangan spesis terancam dan berasal dari mana.


Selain itu,Sungkai terkenal dengan kelazatan duriannya. Bila musim durian,jangan lupa singgah untuk merasai kelazatan durian. Jika anda ingin membeli dan membawa balik buah durian dalam kuantiti yang banyak,anda boleh ambil sendiri di dusun. Dengan harga yang berpatutan,anda boleh memenuhi Storm atau Hilux anda. Hehehehe...