Nuffnang Adds

Monday 9 July 2012

Mushroom Soup atau Sup Cendawan

Last week,kite kena 2 injection kat punggung sebab gastrik yang boleh dikatakan kronik. Sakitnye berhari-hari. Ingatkan angin. Tapi makin lama makin tak keruan dibuatnye. Siap cirit birit dan muntah sampaikan nak minum air kosong pun tak boleh. Semua kena reject. Solid food pun tidak boleh. Memandangkan makan apa pun tidak boleh,kite minum Vitagen dan minuman yogurt dengan harapan perut 'kejap'. Tetapi makin teruk hinggakan ubat tablet pun tak leh telan. Akhirnya,injection la ubatnye. Rupanya,sesiapa yang kena gastrik,you should void something solid form of food and dairy products. Kite tak tahu sebab sebelum ni,ok je bila makan semua tu kecuali pedas dan minuman bergas memang kite dah banned dari masuk perut kite. 

Bila dah kena inject,kite masih kena pantang. Tak leh makan yang keras2 atau solid food tapi dairy product,kita leh makan dlm kuantiti yang berpatutan la.Perut ni dah berkeroncong sampai rasa nak pitam. Nak makan bubur,alahaiiii....so biasaaaaa.... So kite terfikirkan Mushroom Soup yang kita slalu makan di Pizza Huuuttt atau western restaurant tapi kite buat ni home made punya. Kite tak suka sangat makan sup cendawan ni kedai-kedai biasa sebab tak semua rasa standardize. Ada yang cair sangat la,masin sangat la,terlebih black pepper la... Bila kenangkan semua itu,kite terpaksa buat sendiri. Boleh mkn lebih kannnn......

Meh kite ajar uol semua buat mushroom soup yang rasanya sama dengan hotel-hotel 5 Star. Heheheh...Berangan. Resepi ni kite ajarkan untuk pada sesiapa yang teringin nak makan tatkala demam atau tidak sihat tapi bajet terhad.. Nak masak untuk yang tersayang pun bolehhhh.....

Bahan-bahan yang kite akan guna adalah yang mudah2 aje iaitu:


  • Cendawan Butang dalam tin/Canned Button Mushroom. 
  • Onion. (The best is using yellow onion tau. Yang kuning gedabak tu)
  • Garlic
  • Chicken stock. Serbuk atau cube pun boleh.
  • Susu UHT Full Cream atau susu tepung. Hotel2 biasa guna Whipped Cream. Tapi ia mahal. Kita kan nak cut cost.
  • Butter. Kalau takde,Planta pun ok.
  • Salt and Pepper.
Cara2nyeeee...

  • Uol keluarkan cendawan butang tu dari tin. Buangkan airnya dan asing kepada 2 bahagian yang mana 3/4 dari cendawan itu,dipotong kasar dan 1/4,potong cincang.
  • Bawang besar dan bawang putih pun potong kasar2. Tak payah cantik2.
  • Untuk menumis,uol amik butter/margerin dan cairkan dalam kuali panas. Kuantiti,terpulang pada anda. Sedang2 aje. Tak perlu banyak2 tapi jgn terlalu sedikit. Untuk menumis katakan. Pastu uol masukkan garlic dan onion tadi. Tumis sampai naik bau dan masukkan cendawan.
  • Kacau sedikit dan masukkan air sampai tenggelam smua cendawan tu. Kalau untuk satu tin cendawan,masukkan lebih kurang 2 litre air. Then biar menggelegak sebelum tutup api dan dibiar sedikit sejuk.
  • Kemudian,kawan2 blender semua bahan2 yang terdapat dalam sup cair tadi. Actually,bahan2 tersebut automatically akan menjadi pekat bila di 'blended'. Kemudian tuangkan ke dalam periuk lain. Setelah semuanya telah blended,naikkan semula sup pekat tadi di atas dapur dengan api yang kecil.
  • Kemudian,kawan2 boleh masukkan chicken stock sedikit demi sedikit. Begitu juga susu sehingga menepati citarasa anda. Nak cair? Nak pekat? Smua boleh.... Akhir sekali baru la season dengan garam dan black pepper untuk melengkapkan rasa. 
  • Sebelum tutup api,masukkan baki cendawan yang dicincang tadi dan kacau perlahan. Kemudian tutup la api.
  • Suka diingatkan jangan gunakan api yang besar kerana bahagian bawah periuk akan berkerak. Ini akan menyebabkan soup anda tidak kelihatan putih berseri.
Petua: Kalau terlebih cair even semua bahan dah blended,kita leh guna Bechamel Sauce. Bechamel (sebutan BE SYA MEL) ni actually based for any cream soup. Nak buat Bechamel ni,cairkan butter atau marjerin dalam kuali panas dengan api paling perlahan. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam butter cait tadi sehingga pekat. Dan campurkan ke dalam soup yang cair tadi. Kacau perlahan supaya ia tidak berkeladak. Masukkan sedikit demi sedikit hingga mencapai tahap kepekatan yang anda ingin

Nyammmmmm nyaammmmm.....

Maaf tiada gambar yang sebenar sebab bila dah masuk perut,baru teringat lupa nak ambil gambar. Hehehehe...

No comments:

Post a Comment