Nuffnang Adds

Tuesday 10 July 2012

Rumah Kampung

Bapa kite ade sebidang tanah yang tak brapa luas di kampung di mana kawasan kejiranannya bukan orang lain. Sedara mare la jugak kan. Actually umah bapa kite yang asal a.k.a kampung kite takde la la dalam kampung tapi dalam kawasan perumahan. Cumanya ada tanah yang boleh dibina sebijik rumah yang comel. Kawasannya memang cantik. Redup dan sejuk. Asalnya,ia dulu dusun durian. Tapi bapa kite tebang kebanyakkan pokok2 durian sebab tak larat nak jaga. Durian asyik dikebas orang. Hanya tinggal beberapa batang pokok yang buahnya cukup untuk keluarga. Setakat untuk merasa dan makan dengan puas,ok laaaa. Tak perlu la nak membeli kalau tiba musim durian kan... 

Berbalik pada rumah comel,bapa kite dah bina rumah yang comel. Cuma tak siap sepenuhnya kerana dek kesibukan bapa kite yang juga bekerja sebagai guru. Rumah itu dibina sedikit demi sedikit. Ikut mood dan juga bajet. Kite memang nak teruskan dengan projek bapa kite tu. Mana la tahu,kalau siap nanti,leh la buat rumah persinggahan ke,rumah untuk lepak2 bila balik kampung ke... Malangnye,bajet kite masih di tahap kritikal. So tak dapat la nak merealisasikannye lagi. Rumah tu mula dibina sejak arwah mak kesayangan kite masih ada hingga la meninggal dunia 6 tahun lepas,tapi masih tak siap2. Takde siapa nak mengelolakannye...Hehehehe...




Kite ni berangan angan nakkan rumah kayu yang comel tapi dengan dekorasi dan kemas seperti resort. Lengkap dengan kelengkapan moden. Takde la macam typical rumah kampung sangat. Maaf la,bukan menghina rumah kampung yang lain. Cuma inginkan kelainan supaya ia dapat membuatkan kite dan adik beradik kite yang lain RAJIN balik kampung,meluangkan masa bersama saudara mara,bermesra dan mengeratkan silaturrahim. Takde la orang kata kite ni kekwat dengan sedara mara sendiri. Kesibukan mencari rezeki membuatkan masing2 lupa akan kepentingan yang satu ini. Sekurang2nya,abah kite takde la sunyi sangat.

Kite selalu juga usya2 kat channel Astro 706,Life Inspired untuk dapatkan idea. Menarik sangat tapiiiiiii...bajetnye boleh buat kite beli rumah teres 2 tingkat 4 bilik 2 bilik air. Erm.....Pening2!! Hasrat murni masih tak tercapai.

No comments:

Post a Comment