Nuffnang Adds

Friday 6 July 2012

Perihal Air Kosong

Seringkali kita dengar petua artis untuk kelihatan awet muda dan cantik adalah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Begitu juga nasihat dari pakar kesihatan. Namun,kita tidak tahu saiz gelas yang kita perlu gunakan untuk minum bagi memenuhi keperluan badan. Tidak semua orang suka akan air kosong. Mereka lebih sukakan air berperisa dan manis. Begitu juga kite. Tetapi ia satu ketika dulu. Sekarang,mineral water adalah teman setia kite tau.... 

Dahulu,kite rasa liat untuk minum air kosong terutamanya yang bersuhu bilik. Lebih suka air sejuk dan berais yang manis-manis terutama yang bersusu. Kalau bancuh milo ais,sepekat-pekat ada. Favorite la katakan. Sedappp wwooooo.... Meratah milo adalah hobi. Hahahahaha. Tetapi kite mula perasan yang kesihatan kite mula merosot. Cepat lesu dan letih,serba malas dan selalu sakit-sakit. Sembelit kerap berlaku walaupun kerap makan sayur dan buah Kulit menjadi kering dan kusamloma walaupun kite ini boleh dikatakan cerah orangnya. Kesibukan belajar membuatkan kite tidak hiraukan semua itu. Bila menonton tv atau melihat majalah, selalu terlintas di fikiran "kenapa la kulit aku tak macam artis atau model dlm tv/majalah ni". Kulit yang glow lagi segar. Tercari-cari petua yang mereka amalkan. Boleh katakan semua mengatakan rahsia kecantikan mereka adalah air kosong. Boleh caya keeeee??? 

Perkenalan kite dengan seorang rakan ketika berkursus di Melaka 2-3 tahun lepas,membuatkan kite berubah fikiran. Dia seorang yang boleh dikatakan cantik. Iras-iras Kristine Hermosa gitu. Alaaaa..pelakon Filipina yang selalu jd girlfriend Jericho Rosales tu... Yang femes dengan citer Pangako Sa Yo tu. Haaaaa....kulit dia cerah sihat lagi bermaya. Jenuh la dok tilik2 kulit muka dan badan dia. Cemburu segera bertakhta la. Korek punya korek,baru la tahu yang dia ni tidak minum yang manis-manis. Ia berlaku ketika kami makan bersama di restoran di mana dia tidak memesan air. Sedangkan kite order jus buah gelas besar yeeee. Kite tanya la dia kenapa tak order air. Dia hanya tersenyum dan keluarkan botol air mineral 1.5 litre dari handbag dia yang mahal tu. Dia kata dia memang tak biasa minum yang manis-manis. Memang dah terbiasa hasil didikan emaknya.  So mana dia pergi,memang dalam beg dia akan ada air mineral dan dia memangkerap minum air mineral. Patut la sepanjang berkursus tu,dia tidak sentuh langsung air manis. 

Disebabkan bukti depan mata dah ada,kite pun cube2 le ikut petua dia. Dah hampir setahun mengikuti petua dia,memang ia berhasil. Kulit menjadi lembut dan lembap serta rasa sihat. Sembelit berkurangan dan jarang rasa kembung perut. Wajah nampak lebih ceria dan bermaya. Tiap minggu,kite akan beli 2 karton mineral water. Buat stok katanya. So sekarang,kite dah galakkan anak buah dan family kakak untuk minum air kosong dengan membelikan water dispenser. Senang nk ajar budak2 minum air kosong. Takde la minum air kotak atau air bergas je. Kalau mak ayah tak buat,anak2 memang takkan ikut. Alhamdulillah,diorang dah mula biasakan diri minum air mineral dan tak mahu air lain. Begitu juga teman lama yang dah mula mengangkut mineral water berkarton2. Masing2 berlumba2 nak menjaga kesihatan. Jadi,ini lah antara kebaikan air kosong. Lepas ni ayuh la kita sama2 banyakkan minum air kosong untuk menjaga kesihatan dan jadi cantik mcm Rozita Che Wan. Tak pesaaaalllll.. Layan.......

Kebaikan air putih 
1. Menguruskan badan.
2. Meningkatkan kesuburan.
3. Melancarkan sistem pencernaan.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.
5. Perawatan kecantikan.
6. Tubuh lebih segar dan sihat.
7. Menyihatkan jantung.
8. Ubat kepada penyakit strok.

No comments:

Post a Comment