Nuffnang Adds

Monday 23 July 2012

This is what we call WORLD PEACE???


Umat Islam Rohingya menghadapi penindasan dan penghapusan etnik yang sangat serius di Arakan (sekarang Rakhine) Myanmar sejak 1948. Sejak dari kemerdekaan Burma , nasib umat Islam Rohingya terus menghadapi penindasan dari regim tentera yang berkuasa . Kempen membenci dan membenci etnik Rohingya Muslim sebagai kaum pribumi di Arakan telah disebarkan oleh pihak berkuasa Burma terutama dikalangan rakyat etnik Rakhine yang merupakan etnik majoriti di Myanmar beragama Buddha.

Tidak kurang dari 19 operasi ketenteraan , polis dan imegresen telah dilancarkan ke atas wilayah Arakan sejak 1982 . Yang paling lama dan paling kejam ialah operasi NASAKA sehingga sekarang. Natijahnya, kekejaman dilakukan secara berterusan termasuk , perbuatan menangkap tanpa bicara, mangsa di penjara, diseksa , dipaksa keluar agama Islam , dibunuh , gadis diperkosa , harta dirampas , masjid dimusnahkan dan sebagainya.






Akibatnya etnik Rohingya telah hidup dalam keadaan tertindas dan sengsara yang terlalu parah . Mereka telah dinafikan hak yang paling asasi seperti hak untuk mendirikan rumahtangga kecuali dengan izin tentera , hak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat , hak membangunkan rumah ibadat dan memperbaikki masjid yang rosak, hak untuk berniaga dan hak memilikki harta. Semua ini dinafikan Sejak 1982 . kerakyatan umat Rohingya dihapuskan bila Burma ditukar nama kepada Myanmar pada tahun 1987. Mereka dituduh bukan sahaja sebagai pendatang malah juga sebagai penceroboh Arakan oleh regim tentera Junta. Padahal etnik Rohingya adalah penduduk asal sejak abad ke 7 dalam wilayah kerajaan Islam Arakan yang berdaulat.

Kini 1.6 juta etnik Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh , Thailand , Malaysia , Pakistan dan beberapa Negara lain. Keadaaan pelarian Rohingya di Bangladesh sangat parah di kem seperti di Kutupalong , Cox Bazar dan Teknaf. Mereka hidup dalam bangsal dan dibawah pohon untuk berlindung.Bantuan makanan , ubatan dan khemah dari UN sangat terbatas dan pihak berkuasa Bangladesh juga menafikan hak mereka sebagai pelarian mengikut undang-undang antarabangsa. Mereka tidak dibenar menghantar anak mereka ke sekolah , tidak boleh bekerja atau berniaga , tidak boleh mendirikan sebarang rumah , tidak boleh bergerak bebas ,tidak boleh memilkki telefon bimbit , tidak boleh menyimpan sebarang pisau.

Insiden terkini yang tercetus pada 3hb Jun 2012 merebak menjadi operasi pembersihan etnik Rohingya oleh etnik Rakhine yang sangat kejam. Pembunuhan 10 orang ahli jamaah tabligh di Taungup oleh perusuh ekstremis Rakhine kini telah berkembang kepada pembakaran perkampungan , pemusnahan masjid dan madrasah umat Islam Rohingya . Sehingga 15hb Jun 2012 , lebih 1500 orang Rohingya telah terbunuh , lebih 30 perkanmpungan yang dibakar sekaligus pembunuhan penduduknya . Testimoni dari ahli keluarga Kaum Rohingya yang menjadi pelarian di Malaysia melapokan pihak keselamatan iaitu polis , askar dan polis rusuhan (Hluntin) turut bersekongkol untuk membunuh dan melakukan keganasan ke atas etnik Rohingya.

Pihak berkuasa sehingga kini tidak menghalang dengan bersungguh operasi pembunhan Rohingya malah turut membiarkan keganasan terus merebak. Umat Islam Rohingya menanggung penderitaan yang sangat berat sehingga ribuan cuba mencari perlindungan melarikan diri ke sempadan Bangaldesh.

Namun pelarian Rohingya berhadapan dengan pihak keselamatan Bangladesh yang menghalang mereka untuk mendapat perlindungan. Ramai yang cedera akibat ditembak tidak mendapat rawatan dan mati dalam bot ketika cuba melarikan diri ke Bangladesh.



Isu di Rohingya nampaknya gagal menarik perhatian dunia,kenapa dan mengapa.Rohingya sebuah negara yang rata-ratanya penduduknya adalah miskin dan tiada aset yang berharga seperti minyak atau emas.Isu pertumpahan darah bermula pada bulan jun 2012 yang mengakibatkan lebih kurang 1,000 hingga ke 2,000 orang (mungkin lebih) adalah satu angka yang besar dalam masa yang terdekat,walau bagaimanapun pihak pemerintah berjaya menyembunyikan fakta supaya gagal di hidu oleh negara luar khususnya negara Asean yang berdekatan.

Kalau konflik di negara barat ada saja yang menghulurkan bantuan tapi kerana bersebab,  bersimpati kononnya, barat itu sebuah negara penyelamat dan berhati mulia,namun begitu sebagaimana yang kita sedia maklum disana terdapat banyak sumber kekayaan seperti minyak,dan pada masa yang sama barat juga mengdakyahkan minda penduduk islam dengan acuan barat,baik dari segi sosial dan ekonomi sebagaimana yang pernah berlaku di negara kita.Inilah penjajahan dalam bentuk baru.



Namun berbeza pula di Rohingya rata-rata penduduknya adalah beragama islam dan yang menjadi musuh kepada orang islam ialah ethnik Rakhine.Bagaimana  pasukan keselamatan juga berpihak kepada ethnik Rakhine,tapi amat malang bagi kita umat islam di seluruh dunia  pada masa ini kerana kita tidak bersatu hati menyebabkan senangnya saudara seagama dengan kita ditindas kerana kita tidak merasa apa-apa pun disebalik kejadian ini.Umat islam hari ini seperti buih-buih dilaut,islam pada nama namun akidah banyak yang rosak,kurang berkeyakinan terhadap perjuangan untuk menegakan daulah islamiah,banyak cerdik pandai yang hanya tahu bercakap tapi habuk pun tadak.Islam ini di ibaratkan seperti sebuah kesatuan,tanpa mengira suku bangsa dan warna kulit,islam ini seperti anggota badan,bak kata pepatah "cubit peha kanan peha kiri terasa juga" kalau kita dah tak terasa apa-apa itu bermakna islam kita sudah terkena stroke atau angin ahmar,penyakit yang amat di takuti ramai.Apakah pendirian kita sebagai sebuah negara Asean terhadap insiden ini.

No comments:

Post a Comment