Nuffnang Adds

Saturday 7 July 2012

Urutan Badan Thai

Semenjak dua menjak ni,kite selalu sakit2 badan. Lenguh2,rasa lesu dan tak bersemangat. Tidur awal dan bangun lambat. Serba malas. Tak keruan jadinya. Well, kite dok teringat yang dulu kite selalu gi berurut kat satu tempat yang dinamakan AROKAYA. Ia bukan untuk orang kaya tau. Nama je gitu. Actually Arokaya ni tempat berurut badan dan kaki. Bukan pusat urut haram ye,kawan2!! Anda boleh bawa seisi keluarga kalau nak. 

Apa yang kite leh cakap,ia adalah tempat urutan Thai yang terbaik yang pernah kite pergi setakat ni. I mean,dalam Malaysia la. Siapa yang selalu gi Bangkok,Phuket,Haadyai,tu lain la cerita sebab  memang tempat asalnya kan. Tapi tak semua mampu nak gi ke Thailand untuk semata2 berurut je. Orang yang selalu pegi sana pun,kena tunggu AirAsia buat promosi tiket murah2 gitu...So,tak yah nak berlagak kan. Hehehehe.

Berbalik kepada pusat urutan ni,ia ada beberapa pakej urutan yang anda boleh pilih. Harga? Takde la mahal sangat. Harga pakej antara RM30 hingga RM160 bergantung kepada pakej dan masa. Jangka masa berurut sekitar 30 minit hingga la 2 jam. Kira kita ni mampu la nak pegi nak dapatkan servis urutan mereka. Kite ni dulu penakut dan penggeli especially bila orang pegang2 anggota badan kite. Tapi di Arokaya ni,tak terasa lak gitu. Mungkin suasana dan juga sikap tukang urut yang betul-betul profesional buatkan kite rasa selesa. Tak semua pekerja boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Yang simple2 boleh la. So xleh la nak borak2 sangat sambil berurut. Just layan perasan sendiri la tatkala di urut. Tapi jangan risau sebab mereka akan cuba sedaya berupaya untuk berkomunikasi dengan anda.    Ok,pakej urutan yang disediakan termasuk la:


  • Head & Shoulder & Back (RM30,RM50 dan RM70
  • Foot Reflexology (RM30 dan RM50)
  • Foot Reflexology & Back (RM50 dan RM70)
  • Thai Traditional Massage (RM50,RM70 dan RM90)
  • Thai Massage & Foot Reflexology (RM 80 dan RM100)
  • Thai Herbal Hot Pack Massage (RM130 dan RM160)




Bagi yang setakat nak berurut kepala,bahu dan kaki, tak perlu tukar pakaian dan masuk ke dalam bilik urutan yang disediakan. Hanya duduk di atas kerusi malas yang selesa dan lipat kaki seluar ke paras lutut dan lunjurkan kaki untuk diurut. Sambil2 tu,boleh la main2 BBM ke,surfing internet guna Ipad ke.... Macam gi dok kat salon la kan. 

Bagi yang hendak urut satu badan,pelanggan akan diberi pakaian khas yang longgar untuk disalin. Ia memudahkan proses urutan dan mengelakkan dari minyak urutan terkena pakaian anda. Tak perlu risau akan   pakaian anda akan diselak atau disuruh buka aurat kerana ia hanya melibatkan sentuhan dan tekanan pada titik saraf yang bermasalah. Badan anda akan diurut bukan sahaja menggunakan jari jemari,malah menggunakan lengan,siku,tapak tangan dan juga kaki. Tidak menyakitkan pun tetapi sedap dan selesa. Berbeza dari spa. Spa hanya melibatkan sentuhan lembut pada badan. Dah macam dibelai2 gitu je. Tak rasa kepuasan selagi tidak "diuli2,dilipat2,dipusing2"

Badan yang lenguh2 akan segera berasa segar. Jika anda ingin tahu apa masalah yang membuatkan badan anda berasa sakit2,anda boleh bertanyakan kepada tukang urut yang mengurut anda. Kite pernah berbual dengan seorang tukang urut yang mengurut kaki kite tentang masalah kesihatan kite. Dia kata kite ni ada masalah sakit belakang sebab duduk lama dan juga ada masalah penghadaman di mana perut terlalu berasid. Memang menarik sebab apa yang diberitahu,adalah benar sama sekali!!

Pekerja-pekerja Arokaya yang berasal dari Thailand  ini memang terlatih,malah diberitahu bahawa mereka mendapat latihan dari pusat latihan mengurut terkemuka di Thailand. Jadi tidak perlu risau akan badan anda lebam2 atau salur darah tersumbat akibat dari teknik urutan yang salah. Jadi,kepada sesiapa yang stress tentang kerja,rasa serabut,sakit2 badan akibat tekanan persekitaran dan sebagainya,kite betul2 sarankan untuk anda kunjungi pusat urutan ini. 

Biasanya,kite akan mengunjungi pusat urutan Arokaya ini di Ampang Point,Jaya Jusco AU2,Jaya Jusco Bukit Raja dan Sunway Pyramid. Arokaya cawangan Sunway Pyramid selalunya penuh dengan pelanggan dari Middle East dan Mat Saleh. Suasana agak busy dan terpaksa menunggu giliran. Kalau nak relax2 tanpa gangguan,anda boleh kunjungi Arokaya Jusco AU2,Bukit Raja dan Ampang Point. Anda juga boleh buat tempahan melalui telefon dan book dengan siapa anda ingin berurut. Jika anda wanita,anda boleh memilih tukang urut wanita. Jika lelaki,lebih baik memilih tukang urut lelaki. Berbaloi2 dengan wang ringgit yang anda keluarkan.

Masa ni la nak manja2kan diri. Dari merayap2 kat shopping mall,perabih duit beli barang yang tidak perlu,apa kata anda cuba berurut di Arokaya. Selamat Berhari Minggu....

No comments:

Post a Comment