Nuffnang Adds

Wednesday 11 July 2012

Promosi Sungkai...Hehehehe

Korang tentu pernah dengar pasal Hot Spring yang terletak di Felda Sungai Kelah di Sungkai, Perak kan? Dan tentu korang pernah pegi kan kan kan??? Boleh katakan sign board Hot Spring ada di merata2 tempat. Bagus betul promosinya kan...Kolam air panas di sana dikatakan elok untuk sakit kulit,melancarkan peredaran darah dan sebagainya.

Memang ia tempat yang bagus dan sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Selain dari bersantai,berkelah dan bermandi manda di kawasan kolam air panas serta merebus telur,terdapat juga tempat untuk memanjakan diri dengan rawatan Ayurveda. Terdapat juga kolam air biasa untuk pilihan pengunjung selain bermandi manda di kolam air panas. Kawasannya juga dijaga rapi dan tahap kebersihannya boleh dibanggakan. Tempat penginapan juga disediakan andai anda ingin bermalam di sana. Dikelilingi hutan yang menenangkan,ia dapat membuatkan kita rasa aman dari hiruk pikuk bandar yang serabutkan minda. Bayaran masuk,berpatutan dan jauh lebih murah dari water theme park yang lain.

Actually kite tak pernah sangka ia akan dikomersilkan hingga sebegini hebat. Sampaikan tiap hujung minggu,penuh dengan pelancong dari Singapore. Nyonya2 and Apek datang berendam.Kalau korang nak tahu,sebelum  Hot Spring ini dibangunkan,terdapat juga kawasan perkelahan yang menarik berdekatan dengan Hot Spring ini iaitu Lata Bongsu dan juga Sg.Tesong. Dua kawasan ini terletak bertentangan dengan Hot Spring di mana Hot Spring ini di tengah2. Kiranya, kita akan jumpa Lata Bongsu dulu,kemudian Hot Spring dan kemudian Sg Tesong. Walau bagaimanapun,keindahan Lata Bongsu telah musnah akibat banjir besar yang telah berlaku beberapa tahun dahulu. Jambatan yang merentangi Lata Bongsu di mana air terjun adalah di bawah jambatan tersebut turut musnah. Banjir lumpur dan kayu2 balak turut dihanyutkan menyebabkan jambatan itu runtuh. Sayang sekali. Masih terbayang2 di fikiran betapa cantiknya kawasan itu.. Maklum le,itu kan tempat kite lepak2 masa budak2 dulu. Sekitar tahun 1994-1996 gitu la..So mmg ingat la kan. Hehehehehe. 

Kawasan Lata Bongsu sering dijadikan kawasan perkelahan penduduk setempat,aktiviti perkhemahan oleh sekolah-sekolah sekitar daerah Batang Padang termasuk aktiviti lasak oleh atlet-atlet Sukan Komanwel 1998. Teringat lagi kite dapat bersalaman dengan Watson Nyambek. Hehehe...habis hati masa tu. Kihkihkih.. Ada juga aktiviti water rafting dan flying fox pada yang berminat. Kiranya,sebelum wujudnya Hot Spring tu,kawasan itu sudah pun meriah dengan kunjungan pelancong. 

Masa zaman kegemilangan Lata Bongsu tu dulu,kawasan Hot Springs hanyalah mata air panas yang kecil di dalam kebun koko. Sekelilingnya dipenuhi pokok2 sawit dan laluan masuk hanya boleh dilalui dengan basikal atau motosikal sahaja. Laluan tanah merah. Masa kite darjah 6,kite slalu ikut kawan2 kite dari Felda Sungai Kelah tu. Masa tu kite bersekolah di situ selama setahun sebab bapa kite mengajar kat Sekolah Rendah Felda Sungai Kelah. Sebelum tu kite bersekolah di Sekolah REndah Sungkai. Tak sangka dalam setahun tu,macam2 pengalaman yang dilalui bersama mereka. Maklum la,budak2 Felda kan lasak. So memang happening la. Bapa kite larang pun,kite nak ikut juga. Kalau pegi pun,gi senyap2 sebab bapa kite garang. Kawan2 semua tau bapa kite seorang yang garang. Sebelum pergi pun,kawan2 akan tanya "Abah ko tau tak ni yang ko nak ikut kitorang?" Kite iye kan aje sbb kalau kata abah kite tak bagi,nanti kawan2 tak kasi ikut pulak. Kalau bgtau pun,confirm tak dapat ikut. Kalau dia dapat tau pun,confirm kena libas. Disebabkan itu la,kawan2 akan jaga kite betul2 sbb risau disalahkan pulak. Dijaga mcm anak bos gitu. Tapi kalau kantoi pun,bapa kite takkan salahkan diorg. Kite la yang kena sbb degil... Hehehehehe. Seronok beb....Kenangan yang tak leh dilupakan sedangkan masa tu dah nak UPSR dah. Ligat semacam. Seronok punya pasal. Tapi setahun di sana,memang best sgt. Siapa kata duduk Felda tak best. Siapa kata budak2 Felda jahat. Yang jahat tu ada,cuma xde la seperti yang disangka. Sama je macam tempat lain. 

So,berbalik pada Hot Spring,kolam kecil tempat merebus telur itu lah punca asal air panas tersebut. Batu di mana mata air panas itu keluar,masih sama seperti dahulu. Cuma kawasan sekelilingnya sahaja dibangunkan. Suhu kat situ memang yang paling tinggi. Wap di situ pun busuk sebab kandungan sulfur yang tinggi.Kawasan sekitarnya berlumut hijau dan redup je.Kat situ la kite dan kawan2 yang lain mencangkung sambil merebus telur untuk dibawa ke Lata Bongsu sebagai bekal. Naik basikal je beb. Sikit punya jauh ke..Tak hiraukan panas terik. Masing2 gigih. Di punca air panas tersebut, terdapat parit yang airnye jernih sangat yang lalu di situ. Parit kecil itu la yang alirkan air panas ke tempat lain dan sekarang,parit laluan air panas tersebut telah dibina kolam2 kecil untuk pengunjung yang lebih mahukan  privacy dan berbumbung. Selesa la konon...Hehehehe.

Selain Hot Springs,ada tempat bermandi manda yang FREE iaitu Sg.Tesong yang terletak di kawasan lebih atas daripada Hot Spring. Sg.Tesong adalah perkampungan orang asli. Untuk ke situ,kita kena lalui perkampungan mereka. Jadi,jangan bawak kereta laju2. Mana la tahu kan,kot2 terlanggar pulak anak orang asli yang rata2nya suka berlari ke sana sini dan suka muncul tiba2 di tepi jalan. Tapi mereka tersangat la cekap di dalam hutan. Berlari2 dan menyelusup dalam semak dengan pantas. Hebat tau mereka ni. Kite dulu ada kawan skolah orang asli bernama Diana. Pengawas lagi... Hehehehe. Ok,sambung cerita...

Sg Tesong ni adalah jeram kecil berbatu2 yang mana ia bertemu dengan sungai besar yang mengalirkan air ke Lata Bongsu yang terletak di bahagian hilir. Kira Sg. Tesong ni terletak lebih hulu dari Lata Bongsu. Tempatnya sejuk dan redup. Tapi kat sini tak leh la berenang2 acara bebas atau kuak lentang. Untuk berendam,ok la. Airnye lebih sejuk dan nyaman. Boleh berkelah atau buat BBQ...tapi kena lah jaga kebersihan. Masa kite Tingkatan Enam Rendah,kite penah camping kt sini bersama budak2 pengakap. Kite jadi tukang masak bersama 4 lagi rakan yang lain. Sebelum budak2 pengakap dan cikgu2 lain bangun,kami dah masuk dlm sungai untuk basuh periuk dan kuali bagi persediaan sarapan. Sejuk jangan cakap. Sampai ke tulang.

Jalan untuk masuk ke tempat ini lebih kecil namun bertar. Zaman kite skolah dulu,jalan bertar hanya la separuh aje. Selebihnya hanya lah jalan tanah merah. Masa camping tu,kite and the gang kena pikul segala bahan2 mentah untuk memasak dan merentas jalan bertanah. Sekarang dah cantik dah jalannye. Chalet juga dibina oleh pengusaha setempat..NAmun,setelah wujudnya Hot Springs,Sg.Tesong kurang dikunjungi.

Ehhh... selama ni  kite ingat Sungkai tu takde tempat menarik dikunjungi langsung. Rupanya ada la juga...dari takde. Ini termasuk la ladang Ostrich yang terletak di kawasan berhampiran Kg. Changkat Sulaiman. Tak salah kita,mat saleh yang supervise and monitor the ostrich farm. Tapi kite tak sure sama ada,ada lagi ke tidak. Dulu kite dan kawan2 selalu berbasikal ke situ. Saje  nak tengok burung unta. Bila burung2 unta tu dtg dekat ke pagar,kami sergah kuat2. Terperanjat diorg lari lintang pukang sampaikan terbelit2 leher antara satu sama lain. Pastu kite dan kawan2 gelak2 geli hati sebelum kena sergah pulak dek mat saleh tu sebab kacau haiwan peliharaan dia. Baru la kami tahu yang burung unta tak leh terkejut. Nanti diorg tak leh bertelur atau membesar dengan baik. Atau akan mati sebab sakit jantung. Boleh dikatakan burung unta ni spesis sensitif. Hehehehe.... Maaf. Kite tak tahu masa tu.

Selain itu,ada juga tempat yang dipanggil Wildlife Centre yang dikendalikan oleh PERHILITAN. Di situ terdapat taman burung mini untuk spesis2 terancam seperti burung kuang raya. Terdapat juga ladang rusa. Bila tiba musim berburu,rusa2 itu boleh diburu oleh individu yang mempunyai lesen dan permit atas kebenaran pihak PERHILITAN. Jumlah buruan juga terhad. Namun,anda boleh kunjungan ke sana untuk melihat haiwan2 ini. Teringat masa kite darjah 1,kite dan arwah mak kite nampak lori Perhilitan sangkut kat bukit sebab tak leh gerak naik bukit. Lori semput sebab bawak gajah. Terlebih muatan sudaaahhhh...

Antara tugas Perhilitan di sini ialahhhh:


1. Cari gajah / badak / harimau / beruang...dengar citer,gajah ni antara binatang yg tak leh dibuat main. Kalau jumpa anak gajah...jgn dok kacau / main main. .Baby gajah tu,kalau happy..dia akan buat satu bunyi dimana bile itu bunyi sampai kat telinga bonda dia....Nahas la. Kalau jumpa taik gajah,takpe...Heheheheh


2. Tangkap pemburu yang berburu secara haram ni.... Buat pengetahuan korang,ada upacara tembak menembak dalam hutan......TAk leh main2 yeee....Pemburu haram ni biasanya datang dari Thailand...Siap bawak itu parang/kapak bagai. Masa diorang nak buat rondaan dalam hutan ni....Diorang akan bawak a troop of soldier sebagai langkah keselamatan.



3. Cari spesis kepunyaan Malaysia..Dari serangga hinggalah saiz haiwan yang besar macam gajah,seladang,rusa ni.....Then buat rekod sebelum hantar ke Geneva. Ini penting untuk merekodkan bilangan spesis terancam dan berasal dari mana.


Selain itu,Sungkai terkenal dengan kelazatan duriannya. Bila musim durian,jangan lupa singgah untuk merasai kelazatan durian. Jika anda ingin membeli dan membawa balik buah durian dalam kuantiti yang banyak,anda boleh ambil sendiri di dusun. Dengan harga yang berpatutan,anda boleh memenuhi Storm atau Hilux anda. Hehehehe...











No comments:

Post a Comment